Sunday, August 16, 2015

Tips untuk yang bakal bergelar Mahasiswa









hai bloggers sekalian. bersempena nak sambut kehadiran adik-adik yang bakal memasuki degree life tak lama lagi ni, DJ nak kongsikan sedikit tips untuk adik-adik ni..harap dapatlah membantu..sebab ni based on pengalaman DJ jugak.

1. JANGAN TERLALU MEMILIH BIDANG YANG ADIK-ADIK DAH DAPAT

hah..perkara ni first paling penting,masa adik-adik check upu mesti ada dapat bidang yang pelik-pelik, siap ada yang ragu-ragu, pesanan DJ terima je bidang apa yang adik-adik dapat, kat universiti nanti, bila dah amek 1 sem belajar adik-adik boleh tukar bidang yang adik-adik minat (based on resultlah). kalaulah adik-adik dah tolak awal-awal tawaran yang adik-adik dah dapat bila mahu sambungnya? kena tunggu lagi setahunlah jawabnya. itupun kalau ade rezeki untuk dapat tawaran belajar lagi. right? jadi apa salahnya untuk terima dahulu kan? tak suka boleh tukar pada sem seterusnya.

2. TAKE CARE OF PRAYER, AURAT AND ATTITUDE

Jaga Solat, itu yang utama. masuk universiti nanti takde dah yang nak nasihat adik2 tentang solat,aurat, akhlak adik2. semua adik2 kena pandai jaga. ramai kawan-kawan DJ terkena kejutan budaya masa kt universiti. 1st sem muka suci, masuk 2nd semester 3rd semester rambut bergaya. cicak jatuh boleh mati atas rambut tu. solat pun entah kemana. Don't neglect the basic things as a muslim.

3. KENA PANDAI CARI KAWAN

masa di Universiti nanti kena pandailah cari kawan. biar dapat yang mulut macam puaka asalkan diorang ada masa kita susah nanti. standardlah kalau dapat mulut-mulut yang puaka ni..puaka-puaka diorang pun..kadang-kadang caring beb. haha. even kalau ada kawan yang mulut manis-manis pun. time korang susah, diorg ni confirm dahulukan awek diorg daripada korang. dah banyak dah DJ jumpa kawan macamni.

4. NAK BERCINTA, JANGAN SEKELAS

ok.. yang ni DJ nk pesan sikit ja.haha. bukan apa kalau yang bercinta sekelas ni, cuba fikir molek-molek. kalau gaduh atau break up. mau ke setiap sem nak hadap muka yang masa setiap masa? kalau 4 tahun. sepanjang 4 tahun muka masam je bila masuk kelas. haha. tapi Nasihat DJ takpayahlah nak bercintan cintun waktu belajar ni. tak lari mana tulang rusuk awak tu. dah jodoh takkan kemana. 

dan lagi satu, waktu orientasi nanti kalau nampak abg2 fasi yang handsome jangan mengelabah awal. yang lagi hensem tengah cuti. :P

5. HORMAT PENSYARAH

nanti adik-adik akan kenal pelbagai kerenah pensyarah, ade yang lemah lembut, ade yang garang, ade yang suka bahan orang, ade yang psiko, macam2 lagilah, Nasihat DJ biarlah pelbagai ragam pun pensyarah tu, hormat yang paling utama. sebab kita nak dapat keberkatan ilmu.. dan juga MARKAH. hehe. mereka tu umpama ibu dan ayah kita di Universiti, bina hubungan yang sebaik mungkin. Jangan Samseng, ikut nasihat pensyarah. walaupun dia kaki sentap, dia pun ada perasaan macam kita. Gali ilmu daripada dia. manatau rezeki esok2 boleh jadi menantu. haha.

6. GRAB THE CHANCE

Janganlah jadi seorang mahasiswa yang pasif. grab peluang yang ada. be a hyperactive student. tak nak aktif banyak sikit2 pun dah memadai. kat universiti ni tempat kita melatih diri menjadi seorang yang profesional dalam kerjaya nanti. terlalu ramai students kt universiti ni berjaya hanya atas sehelai kertas. pointer tinggi setiap sem. bila kerja satu kerja pun dia tak tahu nak buat. aktif aktif juga.. pointer kena kasi jaga. seimbangkan antara dua. baru orang respect kita. Jangan jadi Mahasiswa 3K -KELAS-KAFE-KATIL- sebab ianya bakal mengundang Big K "KEKOSONGAN".

7. PECAH RECORD AWAL-AWAL SEMESTER

makesure awal-awal semester dah dapat pointer 3.5 above. supaya nnti akhir2 semester nafas tu tak tercungap-cungap nak kejar pointer tu. dah boleh rileks. Belajarlah bersungguh-sungguh dari mula sampailah grad. contohilah currensy Malaysia sekarang dah pun mencapai 4flat. 

8. SPEAK ENGLISH 

Biarlah member pandang adik2 koya sebab speak english. Tak kisahlah broken ke Manglish ke Singlish ke, the more you use it, the more you will improve. DJ waktu SPM dulu BI dapat D. ape ade hal. life still move on. belajar pun dari anime. tengok subtitle kt bawah. sape kata tengok anime tu buang masa? dia guru Bahasa inggeris kedua tau.

9. JUST BE YOURSELF

tak perlulah jadi orang lain. nak cover-cover macho depan awek. makan sikit konon. sampai bilik karang lapar balik. Makan je. kalau gemok pun ape ade hal. Gemok is Awesome.

10. JANGAN LUPA MANDI PAGI KALAU PERGI KELAS

and the last one, perkara ni selalu sangat jadi, kalau dah tahu bangun lambat. make sure tidur awal. tak perlulah adik-adik berhuha sampai pagi. pastu gi kelas tak mandi. seminggu brape botol habes minyak wangi.


ini je yang mampu DJ kongsikan. penat dah menaip. haha.. sekadar perkongsian untuk adik-adik supaya tidak tersilap langkah bila masuk ke alam universiti nanti. makesure focus dalam pembelajaran. happykan mak dan ayah. keep calm and smile. :)

16/8/15
3.55AM

This entry was posted in

2 comments:

  1. Haha tips berguna untuk junior. Hehe samalaa, tgok anime, crita korea, movie omputih sambil belajar b.inggeris tawwww.

    ReplyDelete
  2. Haha tips berguna untuk junior. Hehe samalaa, tgok anime, crita korea, movie omputih sambil belajar b.inggeris tawwww.

    ReplyDelete