Friday, August 28, 2015

Matlamat dalam Hidup #Part 1




Hai Readers, Baru sempat DJ nak update post baru..sekarang tengah sibuk uruskan program bersama Junior baru yang bakal masuk ke Universiti tak lama lagi, tak sabar rasanya nak sambut diorang. ok. hari ni DJ nak berkongsi pendapat mengenai MATLAMAT HIDUP. apa itu Matlamat Hidup? rata-rata ramai yang masih tak tau apa itu Matlamat Hidup. kalau ade yang baru nak masuk Universiti tu, wajib kena tahu apa itu Matlamat Hidup, sebab ini yang akan membimbing kehidupan kita sehingga berjaya.

Ada satu buku yang DJ baca dia buat kajian, manusia mempunyai banyak matlamat hidup dan statistik tertinggi ditunjukkan :
1.Duit –98%
2.Harta -75%
3.Pangkat –64%
4.Keluarga –70%
5.Pasangan hidup -40%

Rata-rata ramai yang tak tahu matlamat hidup dan sebenarnya apa yang dikajikan itu semuanya adalah ”Keperluan Hidup”. Duit bukan matlamat hidup malah ia hanya keperluan hidup.

Sebab itu duit tidak menjamin kebahagiaan. Dulu DJ tengok artis-artis yang kawin cerai DJ hairan, kenapalah depa ni, tak cukup ke padahal duit berjuta-juta, artis barat setiap kali bercerai dapat pampasan 50 juta macam bekas bini Will Smith.

Menariknya di dalam Islam, ummat Islam dididik untuk hidup dengan bermatlamat. Allah SWT meletakkan beberapa matlamat untuk ummat Islam.
1 – Kehidupan adalah pengabdian kepadaNya.
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri(kepada Aku).” Surah Adz-Dzariyyat ayat 56.

2 – Manusia dicipta untuk menjadi khalifah di atas muka bumi.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Aku ingin ciptakan untuk bumi ini khalifah(pentadbir).” Surah Al-Baqarah ayat 30.

3 – Akhirat.
Di dalam Al-Quran dan hadith, kita mempunyai banyak dalil, nas, yang membentangkan berkenaan akhirat. Yakni hari di mana manusia dihisab, dan kemudian dihantar ke syurga atau dilempar ke neraka. Di dalam rukun Iman, salah satunya ialah Beriman Kepada  Akhirat.
Dan Allah SWT tidak mendidik kita untuk mengejar akhirat sahaja, tidak juga untuk mengejar dunia sahaja. Allah SWT meletakkan matlamat untuk ummat Islam dalam kedua-duanya. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah:
“Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya. Surah Al-Baqarah ayat 200-202.

Sama-sama kita berfikir dimana Matlamat sebenar dalam hidup kita, masih ramai yang diluar sana tersesat tiada matlamat hidup. semoga kita semua peroleh keberkatan dalam mencari matlamat hidup yang sebenar. inshaAllah.

28/08/15
6.55PM

This entry was posted in

0 comments:

Post a Comment