Monday, August 17, 2015

Tips2 #Kalau Masuk Universiti






Hai Bloggers. Kelmarin DJ ade kongsikan sedikit tips untuk yang bakal bergelar Mahasiswa. Tapi harini DJ rasa macam nak kongsikan lagi tips2 yang ada..Harap korang dapat membaca dengan tenang.. k enjoy.

1. JANGAN KEREK, POYO, BERLAGAK SENIOR

korang nak tau nanti masa kat Universiti korang akan jumpa pelbagai jenis manusia, firstly pleaselah jangan kerek atau poyo. lebih-lebih lagi bila korang dah jadi senior. berlagak dengan Junior bukan main. jangan ingat masuk Universiti umur semua sama macam sekolah menengah.. Junior yang umur cecah 30 tahun pun ada tau. so beware.

2. JANGAN MENCURI

Hampir 70% mahasiswa kt Universiti pernah merasai situasi barang dicuri. termasuk DJ. Sebelum nak mencuri tu mohon fikir perasaan sang pemilik barang, ape lagi kalau dia anak orang miskin. tak kesian ke? kalau terdesak ye pun, takkanlah tak tau Universiti ade sediakan bantuan kewangan untuk pelajar. Dan lagi satu,kepada perokok tegar, jangan curi lighter member. Beli sendiri kt kedai..RM 1 je.

3. SIMPAN PENDRIVE ELOK-ELOK, STANDBY LEBIH

Pendrive ni penting sangat masa korang kat Universiti nnti. Simpan elok-elok.. Molek gantung kat leher. supaya tak hilang, zaman sekarang susah nak percayakan semua orang. kalau ade rezeki standby lebih pendrive, virus kat universiti ni suka sangat menyerang dan membiak dengan cepat. simpan dokumen dalam google drive supaya tak hilang.

4. PINJAM KENDERAAN MEMBER, TOlONG ISI MINYAK.

Yang ni boleh tahan menyirap jugak kalau dapat member hanya reti pinjam motor/keta kita, tapi tak reti isikan minyak. Baik dah member bagi pinjam tanpa caj, isilah 2-3 ringgit. tak luak pun. Dan jangan lupa, walaupun pinjam kenderaan member, dalam universiti sekalipun, tolong bagi signal ok kalau nk masuk simpang.

5. GROUP ASSINGMENT, CARI YANG RAJIN

Hal group Assingment, DJ nasihatkan korang cari yang rajin, jangan yang pandai. kalau pandai tapi malas buat kerja susah jugak. biar dia kurang cerdik tapi rajin. senang kerja kita.

6. FOCUS MASA DALAM KELAS

lec ni bijak, kadang-kadang dia bg hint yang masuk exam tanpa kita sedar masa sesi pembelajaran. tau-tau masa last class kita minta hint apa yang masuk exam, dia kata " saya dah bagi haritu, awak je yang tak focus".. melepaslah..

7. JANGAN BERLAGAK PANDAI

mostly antara kita ramai yang suka berlagak pandai, show off. Bila kita tak tahu, BELAJAR. Bukan buat-buat tahu. Bila kita tidak pandai, BERTANYA. Jangan memandai-mandai.-Hilalasyraf

8. HATI-HATI DENGAN SCAMMER, MLM

kat Universiti ni mesti kena pakai banyak duit. Korang kena hati-hati. kalau rupa korang tak hensem mana, atau badan berisi, tetiba ade awek cun nak kenal-kenal, diorang ade udang disebalik batu tu. tapi tanyalah tu, " Nak ajak join MLM ke"? kalau dia kata tak. Korang trylah, melepas pulak nnti.haha

9. BASUH BAJU EVERY TIME KORANG MANDI

benda ni selalu terjadi kat lelaki. mostly. mau 2-3 minggu pakai baju yang sama baru basuh. Latih diri untuk basuh Baju masa mandi, mula-mula sehelai dua. manatau lepastu berbukit-bukit. 

10. INGAT NAMA PENSYARAH!

Last one. benda wajib korang kena tau, satu sem belajar dengan pensyarah tu. masuk dewan exam soalan paling susah korang nak jawab , " wei. Nama pensyarah kita siapa?". satu kelas tak ingat. ngangalah sampai habes waktu.haha


k. tu saje. kalau ade lagi. nanti DJ sambung. hee. :)


17/08/15
2.22PM
This entry was posted in

7 comments:

  1. part yg ingat nama pensyarah is sooo true. biasa dalam dewan periksa baru sibuk tanya member >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? DJ kalau tiba mase nak exam. DJ akan senaraikan siap nama pensyarah,then reminder rakan sekelas sebelum exam nama pensyarah..spe lg nak ingtkan,kalau bukan kita..jgn penting diri..xdelah nnti dalam dewan diorg sibuk2 tanya..smpai pengawas dlm dewan ingt kita bncg jawapan..kan? hehe

      Delete
  2. Menarik..artikel simple tp reality. Menggamit kebangan lampau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. byk lagi reality kehidupan yang kadang2 kita ambil mudah tapi tu always sgt terjadi kat kita semua.huhu

      Delete
  3. Sembelit ketika hamil? Seksanya, ikuti langkah-langkah pencegahan di sini : SEMBELIT KETIKA HAMIL

    ReplyDelete
  4. suma kena kat batang hidung nih..

    ReplyDelete
  5. kahkahkah bab nama pensyarah dengan stadi grup tu betul sangat, muahaha

    ReplyDelete