Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Sunday, September 27, 2015

Kenapa BABI?


Kenapa Babi? aha.. mungkin ini akan menjadi satu topik yang hangat untuk kita bahaskan. kenapa Babi? apa yang DJ cuba sampaikan ni? mesti ade yang bermonolog. teruk sangat entry tulis pasal BABI. kan Haram. so what? ianya haram dimakan oleh orang yang beragama islam. adakah secara automatik haram untuk kita perbahaskan.?

Pada Minggu Lepas DJ masuk kelas yang diajar oleh seorang penceramah yang amat dikenali ramai, DJ xnaklah mention nama dia dalam ni..huhu. Privasi katanya. Tapi yang buat DJ tertarik isi yang dismpaikan didalam kelas tersebut. mungkin ada sebahagian yang diajarnya kita boleh terima pakai menggunakan akal logik kita...ada sebahagiannya bergantung pada pandangan kita sendiri. Dia membahaskan isu kenapa orang melayu suka mention "Cina Babi"? wow! 

yes..pada akal fikiran kita orang melayu suka mention cina sebegitu sebenarnya memang nak menunjukkan cina suka makan babi.. but why kita mengatakan mereka babi? ini bukan isu rasis atau apa.. ini untuk kita semua sama-sama membuka fikiran kita bersama. 

pernahkah dari luar kotak kita berfikir dari sudut tamadun sebenarnya kita sebagai orang melayu lagi lama makan babi pada suatu ketika dahulu sebelum agama islam sampai ketanah melayu. Sebab pada ketika itu agama Hindu menguasai Tanah Melayu.. Cina pada waktu itu sudah islam selama 1400 tahun. yes.. ini sebenarnya hakikatnya. 

cuba kita fikirkan..Kalau cina makan Babi kita panggil mereka "Cina Babi" ..apa perasaan kita pula kalau mereka panggil kita "Melayu Lembu" disebabkan kita makan lembu. mau perang dunia ketiga.

Jom sama-sama kita bersihkan hati kita semua. jauhkan dari hasad dengki. jangan salahkan BABI. sebab dia juga ciptaan Allah S.w.t
Jom Hapuskan Dendam.

11.11PM
27.09.2015

This entry was posted in

Monday, August 31, 2015

M.E.R.D.E.K.A





Benarkah kita sudah MERDEKA? TEPAT jam 12 tengah malam tadi, genap 58 tahun negara kita merdeka daripada penjajahan orang asing. Ia adalah satu nikmat yang besar khususnya bagi mereka yang pernah hidup di zaman sebelum kemerdekaan. 

Tetapi bagi kita yang hidup dizaman sekarang? bagi DJ kita sepertinya telah dijajah kembali. Generasi baru hari ini kebanyakannya tidak tahu dan tidak pernah membayangkan bagaimana keadaan sebelum merdeka.

Kita mengambil masa berfikir sejenak, sejak dahulu hingga kini, adakah kita telah merdeka dalam erti kata yang sebenar?
Meskipun orang asing tidak lagi menjajah negara ini dalam bentuk fizikal, namun dalam aspek-aspek lain terutama identiti, moral, cara fikir dan budaya, banyak unsur luar telah ‘menjajah’ orang kita.
DJ taknak membahaskan isu negara yang sedang berlaku sekarang, hari ini kita lihat sendiri bagaimana generasi mendatang bakal membangun, adakah mereka faham erti merdeka yang sebenar? merdekakan diri mereka sendiri yang sentiasa berfikiran mundur. adakah mereka mampu merdekakan diri mereka sendiri dalam gelaja sosial yang kian meningkat dikalangan remaja. Adakah mereka mampu!?
Hari ini DJ lihat ramai sangat yang pum pang pum pang dalam media sosial, kata itu ini, kritik sana sini, hakikatnya adakah kata-kata tersebut mampu mengubah sesuatu keadaan.? buka fikiran luas-luas, zaman sekarang zaman untuk kita praktikalkan bukan dengan kata-kata semata.
Merdekakan diri yang dijajah oleh bayang-bayang sendiri adalah paling utama dalam mencapai kemerdekaan sesebuah negara.
WaAllahualam
#SEHATISEJIWA

31/08/15
5.32AM
This entry was posted in

Friday, August 28, 2015

Matlamat dalam Hidup #Part 1




Hai Readers, Baru sempat DJ nak update post baru..sekarang tengah sibuk uruskan program bersama Junior baru yang bakal masuk ke Universiti tak lama lagi, tak sabar rasanya nak sambut diorang. ok. hari ni DJ nak berkongsi pendapat mengenai MATLAMAT HIDUP. apa itu Matlamat Hidup? rata-rata ramai yang masih tak tau apa itu Matlamat Hidup. kalau ade yang baru nak masuk Universiti tu, wajib kena tahu apa itu Matlamat Hidup, sebab ini yang akan membimbing kehidupan kita sehingga berjaya.

Ada satu buku yang DJ baca dia buat kajian, manusia mempunyai banyak matlamat hidup dan statistik tertinggi ditunjukkan :
1.Duit –98%
2.Harta -75%
3.Pangkat –64%
4.Keluarga –70%
5.Pasangan hidup -40%

Rata-rata ramai yang tak tahu matlamat hidup dan sebenarnya apa yang dikajikan itu semuanya adalah ”Keperluan Hidup”. Duit bukan matlamat hidup malah ia hanya keperluan hidup.

Sebab itu duit tidak menjamin kebahagiaan. Dulu DJ tengok artis-artis yang kawin cerai DJ hairan, kenapalah depa ni, tak cukup ke padahal duit berjuta-juta, artis barat setiap kali bercerai dapat pampasan 50 juta macam bekas bini Will Smith.

Menariknya di dalam Islam, ummat Islam dididik untuk hidup dengan bermatlamat. Allah SWT meletakkan beberapa matlamat untuk ummat Islam.
1 – Kehidupan adalah pengabdian kepadaNya.
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri(kepada Aku).” Surah Adz-Dzariyyat ayat 56.

2 – Manusia dicipta untuk menjadi khalifah di atas muka bumi.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Aku ingin ciptakan untuk bumi ini khalifah(pentadbir).” Surah Al-Baqarah ayat 30.

3 – Akhirat.
Di dalam Al-Quran dan hadith, kita mempunyai banyak dalil, nas, yang membentangkan berkenaan akhirat. Yakni hari di mana manusia dihisab, dan kemudian dihantar ke syurga atau dilempar ke neraka. Di dalam rukun Iman, salah satunya ialah Beriman Kepada  Akhirat.
Dan Allah SWT tidak mendidik kita untuk mengejar akhirat sahaja, tidak juga untuk mengejar dunia sahaja. Allah SWT meletakkan matlamat untuk ummat Islam dalam kedua-duanya. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah:
“Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.“ Surah Al-Baqarah ayat 200-202.

Sama-sama kita berfikir dimana Matlamat sebenar dalam hidup kita, masih ramai yang diluar sana tersesat tiada matlamat hidup. semoga kita semua peroleh keberkatan dalam mencari matlamat hidup yang sebenar. inshaAllah.

28/08/15
6.55PM

This entry was posted in

Thursday, August 20, 2015

Rahsia "Batang Ajaib"




Pssssttt.. DJ ade satu Rahsia ni nak Kongsi..Harap boleh Share dengan orang lain..kesian sangat diorang yang tak tahu rahsia ni..



RAHSIA NI RAMAI YANG TAK TAHU & RAMAI YANG TAHU TAPI TERUS DIRAHSIAKAN 


.
RAHSIA ni kalau korang tahu.. Mesti banyak kemalangan jalan raya dapat dielakkan..
.
.
.
Rahsia tentang satu "batang ajaib" dalam kereta korang.
Sesetengah kereta "benda ni kat belah kanan, ade yg belah kiri..
.
X kesah lah belah mana pun, tetap sama "magic" dia.
.
Nampak tak gambar "anak panah @ arrow" tu?.
.
√ Kalau "batang ajaib" ni ada di sebelah kiri :
•Batang ni kalau korang tekan ke "BAWAH" magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KIRI.
•Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KANAN.
.
√ Kalau "batang ajaib" ni ada sebelah kanan:
•Batang ni kalau korang tekan ke "BAWAH magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KANAN.
•Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KIRI.
.
So, dah tahu rahsia "batang ajaib" ni? 
Jadi, lepas ni kalau nak Masuk simpang, nak susur keluar, nak himpit tepi, TOLONG kongsi rahsia ni.
.
Jangan nak kedekut sangat sampai masuk simpang pun nak rahsia, xnak orang belakang tahu ko nak kemana.
.
Ko ingat supprise ko tu "sweet" sangat?.
. 
Boleh maut ko tahu??


Share ok Rahsia ni dengan Orang lain..huhu


20/08/15
8.50PM
This entry was posted in

Saturday, August 15, 2015

New Life, New inspired.




Thank to God give me the most beautiful life. Alhamdulillah. segala syukur hanya buatnya. Thanks kepada semua blogger yang sudi melawat blog baru ini. Rasa dah lama tak berblogging, Blog yang lama terpaksa di delete sebab dah terlalu berhabuk..well now sudah tiba masanya Din Jawa start the New Journey right? terlalu banyak kisah, rasa, cinta, pengalaman, pahit, manis, duka, suka yang ingin dikongsikan. Tapi takkan nak cerita semua kan dalam satu masa? rilekslah..bakal dikongsikan. 

Hampir setahun bergelar Graduan Diploma Sejarah Dan Tamadun Islam UniSZA, Sekarang dah msuk degree life in Bachelor of Social Work atau bahasa melayunya Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial.. wait..ape tu Kerja Sosial? soalan ini memang wajib keluar..even kadang-kadang menyirap jugak ada yang pandang sebelah mata je kos kami ni..meh DJ nak kasi terang betul-betul naa..hang pi google hang type social worker.. pastu hang baca.. profession mana kami duduk. Satu bidang yang betul-betul mencabar. takpelah DJ memang sukakan cabaran. 

Baru-baru ni keputusan Universiti Awam dah diumumkan. adalah bakal-bakal Junior yang dah mula bertanya "Abg, Kerja Sosial ni kos ape ek? " "Abg, nanti boleh kerja apa?" "Abg, susah tak kos ni?"...............

Banyak nau bertanya, haha, InshaAllah percaya akan takdir tuhan. kalau takde kerja buat apa kos ni diadakan. right? 

ok. DJ sambung cerita lain kali. Semoga Allah merahmati Kalian.

Bachelor of social work UniSZA Batch 1

15 Aug 2015
6.13 AM

This entry was posted in