Sunday, September 27, 2015

Kenapa BABI?


Kenapa Babi? aha.. mungkin ini akan menjadi satu topik yang hangat untuk kita bahaskan. kenapa Babi? apa yang DJ cuba sampaikan ni? mesti ade yang bermonolog. teruk sangat entry tulis pasal BABI. kan Haram. so what? ianya haram dimakan oleh orang yang beragama islam. adakah secara automatik haram untuk kita perbahaskan.?

Pada Minggu Lepas DJ masuk kelas yang diajar oleh seorang penceramah yang amat dikenali ramai, DJ xnaklah mention nama dia dalam ni..huhu. Privasi katanya. Tapi yang buat DJ tertarik isi yang dismpaikan didalam kelas tersebut. mungkin ada sebahagian yang diajarnya kita boleh terima pakai menggunakan akal logik kita...ada sebahagiannya bergantung pada pandangan kita sendiri. Dia membahaskan isu kenapa orang melayu suka mention "Cina Babi"? wow! 

yes..pada akal fikiran kita orang melayu suka mention cina sebegitu sebenarnya memang nak menunjukkan cina suka makan babi.. but why kita mengatakan mereka babi? ini bukan isu rasis atau apa.. ini untuk kita semua sama-sama membuka fikiran kita bersama. 

pernahkah dari luar kotak kita berfikir dari sudut tamadun sebenarnya kita sebagai orang melayu lagi lama makan babi pada suatu ketika dahulu sebelum agama islam sampai ketanah melayu. Sebab pada ketika itu agama Hindu menguasai Tanah Melayu.. Cina pada waktu itu sudah islam selama 1400 tahun. yes.. ini sebenarnya hakikatnya. 

cuba kita fikirkan..Kalau cina makan Babi kita panggil mereka "Cina Babi" ..apa perasaan kita pula kalau mereka panggil kita "Melayu Lembu" disebabkan kita makan lembu. mau perang dunia ketiga.

Jom sama-sama kita bersihkan hati kita semua. jauhkan dari hasad dengki. jangan salahkan BABI. sebab dia juga ciptaan Allah S.w.t
Jom Hapuskan Dendam.

11.11PM
27.09.2015

This entry was posted in

Saturday, September 26, 2015

Dalam Dakapan Ukhuwah



Lama rasanya DJ tak update blog, sibuk bila naik semster baru ni. Tak sampai seminggu saja lagi DJ akan turun takhta wakil pimpinan pelajar fakulti. Rasa gembira,sedih semua bercampur baur..kami tak sampai satu penggal memimpin, disebabkan pilihan Raya Kampus UniSZA diawalkan. Pelbagai Kenangan Pahit Manis semuanya ada..Serius DJ tak dapat nak lupakan.. Korang kalau nak dapat rasa nikmat Ukhuwah cubalah join mana-mana kelab society..Join satu dah memadai.. serius korang akan dapat bina softkill korang sendiri. ramai kawan baru. Buat program sama-sama.. susah senang sama-sama..korang akan rasa seperti satu keluarga.. Semoga Allah Rahmati Ukhuwah kami yang terjalin. Terimalah Hasil Nukilan yang tidak seberapa ini.

Dalam Dakapan Ukhuwah 
Kita mengambil cinta dari langit
Lalu menebarkannya di bumi,sungguh di syurga menara-menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta.
Pernah ada masa-masa dalam cinta kita
kita lekat bagai api dan kayu
bersama menyala, saling menghangatkan rasanya
hingga terlambat untuk menginsafi bahwa
tak tersisa dari diri-diri selain debu dan abu.
pernah ada waktu-waktu dalam ukhuwah ini
kita terlalu akrab bagai awan dan hujan
merasa menghias langit, menyuburkan bumi,
dan melukis pelangi
namun tak sedar, hakikatnya kita saling meniadai
di satu titik lalu sejenak kita berhenti, menyedari mungkin hati kita telah terkecualikan dari ikatan di atas iman
bahkan saling nasihatpun tak lain bagai dua lilin
saling mencahayai, tapi masing-masing habis dimakan api
Kini saatnya kembali pada iman yang menerangi hati
Pada amal soleh yang menjulang bercabang-cabang
Pada akhlak yang manis ,lembut dan wangi
Hingga ukhuwah kita menggabungkan huruf-huruf menjadi kata
Yang dengannya kebenaran terbaca dan bercahaya.
Thanks for the Great Moments.
PMFSSG
26.09.2015

This entry was posted in

Monday, August 31, 2015

M.E.R.D.E.K.A





Benarkah kita sudah MERDEKA? TEPAT jam 12 tengah malam tadi, genap 58 tahun negara kita merdeka daripada penjajahan orang asing. Ia adalah satu nikmat yang besar khususnya bagi mereka yang pernah hidup di zaman sebelum kemerdekaan. 

Tetapi bagi kita yang hidup dizaman sekarang? bagi DJ kita sepertinya telah dijajah kembali. Generasi baru hari ini kebanyakannya tidak tahu dan tidak pernah membayangkan bagaimana keadaan sebelum merdeka.

Kita mengambil masa berfikir sejenak, sejak dahulu hingga kini, adakah kita telah merdeka dalam erti kata yang sebenar?
Meskipun orang asing tidak lagi menjajah negara ini dalam bentuk fizikal, namun dalam aspek-aspek lain terutama identiti, moral, cara fikir dan budaya, banyak unsur luar telah ‘menjajah’ orang kita.
DJ taknak membahaskan isu negara yang sedang berlaku sekarang, hari ini kita lihat sendiri bagaimana generasi mendatang bakal membangun, adakah mereka faham erti merdeka yang sebenar? merdekakan diri mereka sendiri yang sentiasa berfikiran mundur. adakah mereka mampu merdekakan diri mereka sendiri dalam gelaja sosial yang kian meningkat dikalangan remaja. Adakah mereka mampu!?
Hari ini DJ lihat ramai sangat yang pum pang pum pang dalam media sosial, kata itu ini, kritik sana sini, hakikatnya adakah kata-kata tersebut mampu mengubah sesuatu keadaan.? buka fikiran luas-luas, zaman sekarang zaman untuk kita praktikalkan bukan dengan kata-kata semata.
Merdekakan diri yang dijajah oleh bayang-bayang sendiri adalah paling utama dalam mencapai kemerdekaan sesebuah negara.
WaAllahualam
#SEHATISEJIWA

31/08/15
5.32AM
This entry was posted in

Friday, August 28, 2015

Matlamat dalam Hidup #Part 1




Hai Readers, Baru sempat DJ nak update post baru..sekarang tengah sibuk uruskan program bersama Junior baru yang bakal masuk ke Universiti tak lama lagi, tak sabar rasanya nak sambut diorang. ok. hari ni DJ nak berkongsi pendapat mengenai MATLAMAT HIDUP. apa itu Matlamat Hidup? rata-rata ramai yang masih tak tau apa itu Matlamat Hidup. kalau ade yang baru nak masuk Universiti tu, wajib kena tahu apa itu Matlamat Hidup, sebab ini yang akan membimbing kehidupan kita sehingga berjaya.

Ada satu buku yang DJ baca dia buat kajian, manusia mempunyai banyak matlamat hidup dan statistik tertinggi ditunjukkan :
1.Duit –98%
2.Harta -75%
3.Pangkat –64%
4.Keluarga –70%
5.Pasangan hidup -40%

Rata-rata ramai yang tak tahu matlamat hidup dan sebenarnya apa yang dikajikan itu semuanya adalah ”Keperluan Hidup”. Duit bukan matlamat hidup malah ia hanya keperluan hidup.

Sebab itu duit tidak menjamin kebahagiaan. Dulu DJ tengok artis-artis yang kawin cerai DJ hairan, kenapalah depa ni, tak cukup ke padahal duit berjuta-juta, artis barat setiap kali bercerai dapat pampasan 50 juta macam bekas bini Will Smith.

Menariknya di dalam Islam, ummat Islam dididik untuk hidup dengan bermatlamat. Allah SWT meletakkan beberapa matlamat untuk ummat Islam.
1 – Kehidupan adalah pengabdian kepadaNya.
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri(kepada Aku).” Surah Adz-Dzariyyat ayat 56.

2 – Manusia dicipta untuk menjadi khalifah di atas muka bumi.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Aku ingin ciptakan untuk bumi ini khalifah(pentadbir).” Surah Al-Baqarah ayat 30.

3 – Akhirat.
Di dalam Al-Quran dan hadith, kita mempunyai banyak dalil, nas, yang membentangkan berkenaan akhirat. Yakni hari di mana manusia dihisab, dan kemudian dihantar ke syurga atau dilempar ke neraka. Di dalam rukun Iman, salah satunya ialah Beriman Kepada  Akhirat.
Dan Allah SWT tidak mendidik kita untuk mengejar akhirat sahaja, tidak juga untuk mengejar dunia sahaja. Allah SWT meletakkan matlamat untuk ummat Islam dalam kedua-duanya. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah:
“Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya. Surah Al-Baqarah ayat 200-202.

Sama-sama kita berfikir dimana Matlamat sebenar dalam hidup kita, masih ramai yang diluar sana tersesat tiada matlamat hidup. semoga kita semua peroleh keberkatan dalam mencari matlamat hidup yang sebenar. inshaAllah.

28/08/15
6.55PM

This entry was posted in

Friday, August 21, 2015

TUTO 1 #Save File Microsoft ke PDF




Hai Readers, Harini Dj nak buat satu Toturial nih,, kebetulan ade sorang Junior DJ mintak tolong ajarkan cara bagaimana nak jadikan satu gambar tu jadi PDF. Mesti ada ramai yang tak tahu. Jadi DJ nak ajarkanlah. ikut step ye.

STEP 1

Buka Microsoft word korang, setiap komputer dengan laptop mesti ada Microsoft word kan? 



Click Microsoft word Korang



 STEP 2

dah buka? ok.. sekarang korang click kat insert picture bahagian atas microsoft word tu..then pilih gmbar mana korang nak convert jadi PDF.

Click Insert

Click Picture

Pilih Gambar yang nak convert



STEP 3

Dah pilih gambar yang korang nak convert tu..k.. nanti dulu..tak habis lagi.. korang kena adjust gambar tu.kasi dia betul-betul muat satu muka microsoft word tu..ikut step kat gambar bawah ni.


Click kat Wrap Text

Pilih Tight

Korang tarik setiap penjuru..pastikan betul-betul gambar tu muat satu muka.

STEP 4

Dah jadi? kalau dah jadi..korang pergi click kat file..kat penjuru microsoft word sebelah kiri tu.




STEP 5

dah..nampak tak Save as kat situ..click yang itu,,lepastu..korang pilih PDF..dan SAVE!.. check..jadi tak PDF. 

Save as

Click kat PDF

Ok..tu je..senang je kan? Ini Toturial pertama DJ..harap korang dapat ilmu yang bermanfaat.. Keep Calm & Smile.

21/08/15
4.05PM

Thursday, August 20, 2015

Rahsia "Batang Ajaib"




Pssssttt.. DJ ade satu Rahsia ni nak Kongsi..Harap boleh Share dengan orang lain..kesian sangat diorang yang tak tahu rahsia ni..



RAHSIA NI RAMAI YANG TAK TAHU & RAMAI YANG TAHU TAPI TERUS DIRAHSIAKAN 


.
RAHSIA ni kalau korang tahu.. Mesti banyak kemalangan jalan raya dapat dielakkan..
.
.
.
Rahsia tentang satu "batang ajaib" dalam kereta korang.
Sesetengah kereta "benda ni kat belah kanan, ade yg belah kiri..
.
X kesah lah belah mana pun, tetap sama "magic" dia.
.
Nampak tak gambar "anak panah @ arrow" tu?.
.
√ Kalau "batang ajaib" ni ada di sebelah kiri :
•Batang ni kalau korang tekan ke "BAWAH" magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KIRI.
•Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KANAN.
.
√ Kalau "batang ajaib" ni ada sebelah kanan:
•Batang ni kalau korang tekan ke "BAWAH magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KANAN.
•Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KIRI.
.
So, dah tahu rahsia "batang ajaib" ni? 
Jadi, lepas ni kalau nak Masuk simpang, nak susur keluar, nak himpit tepi, TOLONG kongsi rahsia ni.
.
Jangan nak kedekut sangat sampai masuk simpang pun nak rahsia, xnak orang belakang tahu ko nak kemana.
.
Ko ingat supprise ko tu "sweet" sangat?.
Boleh maut ko tahu??


Share ok Rahsia ni dengan Orang lain..huhu


20/08/15
8.50PM
This entry was posted in

Tips3 #Cerita Seram Hostle



Hai Readers, Harini DJ nak kongsikan cerita seram nih.. Haha, tadi mase DJ tengah meeting tetiba masuk mesej dari member dalam wasap group, cerita pasal hantu asrama. mmg remind DJ waktu sekolah menengah dahulu and mase first2 masuk Universiti.. Senior-senior mesti akan kongsi perkara-perkara seram yang ada kt hostel.  Memang akan ada yang berkata semua tu perkara Tahyul sbb dia tak pernah merasai, tapi bagi DJ sesetengah cerita mmg sukar kita percayai dan kadang ade yang kelakar jugak, tapi benda-benda ghaib ni still wujud kan? tak tahulah kalau ade yang masih tak percaya dengan perkara-perkara Ghaib ni.. k, ni DJ nk kongsikan Tips pasal cerita seram hostel.. sebelum baca.. Bismillah dulu oke,,

#TipsMasukU

guys TIPS PERTAMA
Rajinkan diri bersembang dan bercampur dengan pak guard dan makcik tukang sapu. Mereka banyak tahu 'rahsia' kolej dan kampus. Pak guard boleh buka cerita tentang suara orang menangis dan menjerit malam-malam pukul 3 pagi. Dia tahu bilik mana ada budak bunuh diri.Makcik tukang sapu tahu kat koridor mana ada budak kena histeria dan lompat dari tingkat tiga, jatuh bawah kepala bersepai. Dia tahu.Lepas tu dia tahu kat ampaian mana bebudak biasa nampak langsuir bergayut bila sidai baju pukul 3 pagi.

TIPS KEDUA 
Bila dapat bilik,elakkan daripada pilih katil dekat dengan tingkap. Bila tutup, rasa lemas.Bila bukak malam-malam rasa seram.Tingkap menghadap koridor bahaya sebab malam-malam dengar bunyi selipar diseret. Bila dengar betul-betul ada bunyi 'Karipap! Karipap!'Makcik Karipap biasanya datang lepas pukul 3 pagi waktu kolej dah sunyi dan gelap. Yang belum tidur, sibuk basuh baju kat toilet hujung.Ada juga yang sibuk study pakai walkman, tak perasan Makcik Karipap jenguk di luar tingkap. Siapa Makcik Karipap? Tak siapa tahu.Tapi setiap U ada Makcik Karipap. Cuba tanya senior. Yang pernah nampak kata Makcik Karipap bongkok macam nenek kebayan, pakai tudung.Muka tak nampak.Di lengannya ada bakul rotan berisi batu nisan. Kalau ditegur di sebalik tingkap 'Dik, nak karipap?' jawab lah 'tak nak'.Selagi tak dijawab, takut Makcik Karipap masuk dan tunggu di hujung katil. Ramai dah terkena. Ingat ungkapan keramat ni: tak nak!

TIPS KETIGA
Kalau dapat katil double decker, pastikan tahu bila rakan yang tidur di atas atau di bawah masuk tidur.Nak tahu kenapa?Banyak kes terjadi bila kita tidur jam 11 malam bila member belum balik,jam 3 pagi kita dengar dia balik dan panjat katil dalam gelap.Kita tahu member kita tengah tidur sebab spring katil kat atas bergerak-gerak dalam gelap. Lepas tu kita dapat Whatsapp dari member."Bro, aku study McD dengan geng malam ni. Esok ada kuiz. Ko jangan kunci pintu" Kita rasa menggelupur nak menjerit dalam gelap.Kisah benar.Pernah terjadi.Beringat sebelum kena. Katil double decker memang selalu ada kisah mistik.

TIPS KEEMPAT 
Kalau rakan sebilik semua balik kampung dan kolej kamu hanya ada dua tiga kerat yang tak balik, jangan ambil risiko.Dulu ada kes budak yang tak balik kampung sebab malas naik bas berjam-jam. Lagipun ada member bilik atas yang tak balik.Malam itu waktu dia tidur, dia dengar budak bilik atas seret meja pukul 3 pagi. Bengang, dia pun naik atas - tapi dia tengok level tu gelap.Rupanya hanya dia yang tak balik. Takut punya pasal, dia tidur kat pondok Pak Guard sampai Subuh. ingat tu, jangan tak balik kampung.

TIPS KELIMA 
Kalau rasa nak buang air kecil atau air besar, buang lah sebelum tidur. Rumit kalau rasa nak terkucil pukul 3 pagi.Toilet nun di hujung koridor.Bila sampai sana, tolak pintu, tutup, lepaskan hajat. Tapi bukan lah toilet kolej kalau tak ada kisah seram.Pernah dengar cerita student pergi kencing pukul 3 pagi dan ghaib? Hilang. Lesap.Macam ditelan bumi.Sebulan cari tak jumpa.Malam tu, ada student tengah berus gigi dalam toilet pukul 11 malam. Bila dia tadah air dalam gelas nak berkumur, segumpal rambut keluar.Bila disiasat, rupanya budak yang hilang sebulan yang lepas ada dalam tangki air toilet tu.Tak siapa tahu macamana dia masuk dalam tangki.Mayat dah kembung dan perut dah pecah. Selama sebulan, students lain di level tu dah mandi air mayat... dan makan megi perisa air mayat.Hati-hati bila ke toilet ya.Itu mungkin kali terakhir kamu ke toilet sebelum hilang.

TIPS KEENAM 
Elakkan daripada membasuh pakaian selepas pukul 12 malam. Pernah dengar kisah budak nampak 'benda tu' tergantung kat ampaian?Lepas habis perah baju, dia nak sidai kat ampaian tingkat 4. Level dia dah gelap. Semua dah tidur. Tapi dia suka basuh baju malam.Waktu dia nak sidai baju di tingkat 4, dia nampak di hujung ampaian ada bantal bolster yang digantung.Dia tak ambil pusing sangat.Tapi dia perasan 'bantal' tu berhayun-hayun. Bila ditengok betul-betul, rupanya pocong tergantung di ampaian. Ingat tu! Hati-hati ya!

TIPS KETUJUH 
Sesetengah bilik ada 'sejarah' tersendiri. Kadangkala sejarah hitam bilik sengaja didiamkan oleh pihak kolej.Pernah dengar kisah student dapat bilik tempat bunuh diri?Malam itu dia tidur seorang sebab member balik kampung.Nak jadikan cerita, pukul 3 pagi bekalan letrik terputus. Kipas terpadam.Lampu koridor pun tak ada.Gelap gelita.Tapi dia dengar sesuatu.Bunyi kreok kreok kreok dalam gelap.Bunyi bilah kipas siling bergerak.Tapi letrik tak ada.Dia ambil fon tepi bantal. Suluh pakai skrin.Tahu apa yang dia nampak? Badan seorang lelaki dewasa tergantung dari kipas dengan seutas tali pinggang. Berpusing...Berpusing...Mata terbeliak dan lidah terjelir.Bunuh diri dek patah hati.Tindakan bodoh. Dan yang paling bodoh, tak ada siapa akan beritahu kita.Setiap bilik di kolej perlu diisi. Kalau ada yang tahu bilik tu pernah ada orang bunuh diri, ada ke orang nak duduk situ? Common sense.Cara nak atasi bilik pernah jadi lokasi bunuh diri?Jangan tinggal solat.Banyakkan baca ayat-ayat suci.Dengar CD hafizhamidun pun ok.


TIPS KELAPAN



terakhir Kalau selimut asyik terjatuh atas lantai pukul 3 pagi, jangan dikutip.Biarkan.Kenapa?Tak pernah dengar cerita?Ada student ni perasan selimut asyik terjatuh atas lantai. Mula-mula jam 1 pagi.Lepas tu 1:45.Lepas tu 3:15. Dia tidur sorang malam tu.Katil sebelah kosong sebab member balik kampung. Bila selimut 'hilang' sekali lagi jam 3:30 pagi, dia tengok di hujung kaki.Tak ada.Selimut tak ada atas lantai. Dia hairan. Bilik tidur samar-samar sebab ada cahaya dari luar.Dia cuba intai bawah katil.Pun tak ada.Mana selimut dia?Sambil baring di atas lengan kanan, dia pandang katil sebelah. Selimutnya ada di sebelah.Tapi ada 'benda' berselubung.Seolah-olah berkapan dari hujung kepala sampai ke hujung kaki.Sampai ke pagi dia tak boleh tidur. --the end-- 



huhu,,seram tak? kepada korang yang bakal masuk U nanti,,kalau dengar cerita-cerita nie daripada senior-senior.. percaya sikit-sikit je..hahaha..yang lain pandai2lah korang tutup telinga ke.. klah..DJ pulak yang dah seram..huhu..k bye.


20/08/15
1.58AM
This entry was posted in

Monday, August 17, 2015

Tips2 #Kalau Masuk Universiti






Hai Bloggers. Kelmarin DJ ade kongsikan sedikit tips untuk yang bakal bergelar Mahasiswa. Tapi harini DJ rasa macam nak kongsikan lagi tips2 yang ada..Harap korang dapat membaca dengan tenang.. k enjoy.

1. JANGAN KEREK, POYO, BERLAGAK SENIOR

korang nak tau nanti masa kat Universiti korang akan jumpa pelbagai jenis manusia, firstly pleaselah jangan kerek atau poyo. lebih-lebih lagi bila korang dah jadi senior. berlagak dengan Junior bukan main. jangan ingat masuk Universiti umur semua sama macam sekolah menengah.. Junior yang umur cecah 30 tahun pun ada tau. so beware.

2. JANGAN MENCURI

Hampir 70% mahasiswa kt Universiti pernah merasai situasi barang dicuri. termasuk DJ. Sebelum nak mencuri tu mohon fikir perasaan sang pemilik barang, ape lagi kalau dia anak orang miskin. tak kesian ke? kalau terdesak ye pun, takkanlah tak tau Universiti ade sediakan bantuan kewangan untuk pelajar. Dan lagi satu,kepada perokok tegar, jangan curi lighter member. Beli sendiri kt kedai..RM 1 je.

3. SIMPAN PENDRIVE ELOK-ELOK, STANDBY LEBIH

Pendrive ni penting sangat masa korang kat Universiti nnti. Simpan elok-elok.. Molek gantung kat leher. supaya tak hilang, zaman sekarang susah nak percayakan semua orang. kalau ade rezeki standby lebih pendrive, virus kat universiti ni suka sangat menyerang dan membiak dengan cepat. simpan dokumen dalam google drive supaya tak hilang.

4. PINJAM KENDERAAN MEMBER, TOlONG ISI MINYAK.

Yang ni boleh tahan menyirap jugak kalau dapat member hanya reti pinjam motor/keta kita, tapi tak reti isikan minyak. Baik dah member bagi pinjam tanpa caj, isilah 2-3 ringgit. tak luak pun. Dan jangan lupa, walaupun pinjam kenderaan member, dalam universiti sekalipun, tolong bagi signal ok kalau nk masuk simpang.

5. GROUP ASSINGMENT, CARI YANG RAJIN

Hal group Assingment, DJ nasihatkan korang cari yang rajin, jangan yang pandai. kalau pandai tapi malas buat kerja susah jugak. biar dia kurang cerdik tapi rajin. senang kerja kita.

6. FOCUS MASA DALAM KELAS

lec ni bijak, kadang-kadang dia bg hint yang masuk exam tanpa kita sedar masa sesi pembelajaran. tau-tau masa last class kita minta hint apa yang masuk exam, dia kata " saya dah bagi haritu, awak je yang tak focus".. melepaslah..

7. JANGAN BERLAGAK PANDAI

mostly antara kita ramai yang suka berlagak pandai, show off. Bila kita tak tahu, BELAJAR. Bukan buat-buat tahu. Bila kita tidak pandai, BERTANYA. Jangan memandai-mandai.-Hilalasyraf

8. HATI-HATI DENGAN SCAMMER, MLM

kat Universiti ni mesti kena pakai banyak duit. Korang kena hati-hati. kalau rupa korang tak hensem mana, atau badan berisi, tetiba ade awek cun nak kenal-kenal, diorang ade udang disebalik batu tu. tapi tanyalah tu, " Nak ajak join MLM ke"? kalau dia kata tak. Korang trylah, melepas pulak nnti.haha

9. BASUH BAJU EVERY TIME KORANG MANDI

benda ni selalu terjadi kat lelaki. mostly. mau 2-3 minggu pakai baju yang sama baru basuh. Latih diri untuk basuh Baju masa mandi, mula-mula sehelai dua. manatau lepastu berbukit-bukit. 

10. INGAT NAMA PENSYARAH!

Last one. benda wajib korang kena tau, satu sem belajar dengan pensyarah tu. masuk dewan exam soalan paling susah korang nak jawab , " wei. Nama pensyarah kita siapa?". satu kelas tak ingat. ngangalah sampai habes waktu.haha


k. tu saje. kalau ade lagi. nanti DJ sambung. hee. :)


17/08/15
2.22PM
This entry was posted in

Sunday, August 16, 2015

Tips untuk yang bakal bergelar Mahasiswa









hai bloggers sekalian. bersempena nak sambut kehadiran adik-adik yang bakal memasuki degree life tak lama lagi ni, DJ nak kongsikan sedikit tips untuk adik-adik ni..harap dapatlah membantu..sebab ni based on pengalaman DJ jugak.

1. JANGAN TERLALU MEMILIH BIDANG YANG ADIK-ADIK DAH DAPAT

hah..perkara ni first paling penting,masa adik-adik check upu mesti ada dapat bidang yang pelik-pelik, siap ada yang ragu-ragu, pesanan DJ terima je bidang apa yang adik-adik dapat, kat universiti nanti, bila dah amek 1 sem belajar adik-adik boleh tukar bidang yang adik-adik minat (based on resultlah). kalaulah adik-adik dah tolak awal-awal tawaran yang adik-adik dah dapat bila mahu sambungnya? kena tunggu lagi setahunlah jawabnya. itupun kalau ade rezeki untuk dapat tawaran belajar lagi. right? jadi apa salahnya untuk terima dahulu kan? tak suka boleh tukar pada sem seterusnya.

2. TAKE CARE OF PRAYER, AURAT AND ATTITUDE

Jaga Solat, itu yang utama. masuk universiti nanti takde dah yang nak nasihat adik2 tentang solat,aurat, akhlak adik2. semua adik2 kena pandai jaga. ramai kawan-kawan DJ terkena kejutan budaya masa kt universiti. 1st sem muka suci, masuk 2nd semester 3rd semester rambut bergaya. cicak jatuh boleh mati atas rambut tu. solat pun entah kemana. Don't neglect the basic things as a muslim.

3. KENA PANDAI CARI KAWAN

masa di Universiti nanti kena pandailah cari kawan. biar dapat yang mulut macam puaka asalkan diorang ada masa kita susah nanti. standardlah kalau dapat mulut-mulut yang puaka ni..puaka-puaka diorang pun..kadang-kadang caring beb. haha. even kalau ada kawan yang mulut manis-manis pun. time korang susah, diorg ni confirm dahulukan awek diorg daripada korang. dah banyak dah DJ jumpa kawan macamni.

4. NAK BERCINTA, JANGAN SEKELAS

ok.. yang ni DJ nk pesan sikit ja.haha. bukan apa kalau yang bercinta sekelas ni, cuba fikir molek-molek. kalau gaduh atau break up. mau ke setiap sem nak hadap muka yang masa setiap masa? kalau 4 tahun. sepanjang 4 tahun muka masam je bila masuk kelas. haha. tapi Nasihat DJ takpayahlah nak bercintan cintun waktu belajar ni. tak lari mana tulang rusuk awak tu. dah jodoh takkan kemana. 

dan lagi satu, waktu orientasi nanti kalau nampak abg2 fasi yang handsome jangan mengelabah awal. yang lagi hensem tengah cuti. :P

5. HORMAT PENSYARAH

nanti adik-adik akan kenal pelbagai kerenah pensyarah, ade yang lemah lembut, ade yang garang, ade yang suka bahan orang, ade yang psiko, macam2 lagilah, Nasihat DJ biarlah pelbagai ragam pun pensyarah tu, hormat yang paling utama. sebab kita nak dapat keberkatan ilmu.. dan juga MARKAH. hehe. mereka tu umpama ibu dan ayah kita di Universiti, bina hubungan yang sebaik mungkin. Jangan Samseng, ikut nasihat pensyarah. walaupun dia kaki sentap, dia pun ada perasaan macam kita. Gali ilmu daripada dia. manatau rezeki esok2 boleh jadi menantu. haha.

6. GRAB THE CHANCE

Janganlah jadi seorang mahasiswa yang pasif. grab peluang yang ada. be a hyperactive student. tak nak aktif banyak sikit2 pun dah memadai. kat universiti ni tempat kita melatih diri menjadi seorang yang profesional dalam kerjaya nanti. terlalu ramai students kt universiti ni berjaya hanya atas sehelai kertas. pointer tinggi setiap sem. bila kerja satu kerja pun dia tak tahu nak buat. aktif aktif juga.. pointer kena kasi jaga. seimbangkan antara dua. baru orang respect kita. Jangan jadi Mahasiswa 3K -KELAS-KAFE-KATIL- sebab ianya bakal mengundang Big K "KEKOSONGAN".

7. PECAH RECORD AWAL-AWAL SEMESTER

makesure awal-awal semester dah dapat pointer 3.5 above. supaya nnti akhir2 semester nafas tu tak tercungap-cungap nak kejar pointer tu. dah boleh rileks. Belajarlah bersungguh-sungguh dari mula sampailah grad. contohilah currensy Malaysia sekarang dah pun mencapai 4flat. 

8. SPEAK ENGLISH 

Biarlah member pandang adik2 koya sebab speak english. Tak kisahlah broken ke Manglish ke Singlish ke, the more you use it, the more you will improve. DJ waktu SPM dulu BI dapat D. ape ade hal. life still move on. belajar pun dari anime. tengok subtitle kt bawah. sape kata tengok anime tu buang masa? dia guru Bahasa inggeris kedua tau.

9. JUST BE YOURSELF

tak perlulah jadi orang lain. nak cover-cover macho depan awek. makan sikit konon. sampai bilik karang lapar balik. Makan je. kalau gemok pun ape ade hal. Gemok is Awesome.

10. JANGAN LUPA MANDI PAGI KALAU PERGI KELAS

and the last one, perkara ni selalu sangat jadi, kalau dah tahu bangun lambat. make sure tidur awal. tak perlulah adik-adik berhuha sampai pagi. pastu gi kelas tak mandi. seminggu brape botol habes minyak wangi.


ini je yang mampu DJ kongsikan. penat dah menaip. haha.. sekadar perkongsian untuk adik-adik supaya tidak tersilap langkah bila masuk ke alam universiti nanti. makesure focus dalam pembelajaran. happykan mak dan ayah. keep calm and smile. :)

16/8/15
3.55AM

This entry was posted in

Saturday, August 15, 2015

New Life, New inspired.




Thank to God give me the most beautiful life. Alhamdulillah. segala syukur hanya buatnya. Thanks kepada semua blogger yang sudi melawat blog baru ini. Rasa dah lama tak berblogging, Blog yang lama terpaksa di delete sebab dah terlalu berhabuk..well now sudah tiba masanya Din Jawa start the New Journey right? terlalu banyak kisah, rasa, cinta, pengalaman, pahit, manis, duka, suka yang ingin dikongsikan. Tapi takkan nak cerita semua kan dalam satu masa? rilekslah..bakal dikongsikan. 

Hampir setahun bergelar Graduan Diploma Sejarah Dan Tamadun Islam UniSZA, Sekarang dah msuk degree life in Bachelor of Social Work atau bahasa melayunya Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial.. wait..ape tu Kerja Sosial? soalan ini memang wajib keluar..even kadang-kadang menyirap jugak ada yang pandang sebelah mata je kos kami ni..meh DJ nak kasi terang betul-betul naa..hang pi google hang type social worker.. pastu hang baca.. profession mana kami duduk. Satu bidang yang betul-betul mencabar. takpelah DJ memang sukakan cabaran. 

Baru-baru ni keputusan Universiti Awam dah diumumkan. adalah bakal-bakal Junior yang dah mula bertanya "Abg, Kerja Sosial ni kos ape ek? " "Abg, nanti boleh kerja apa?" "Abg, susah tak kos ni?"...............

Banyak nau bertanya, haha, InshaAllah percaya akan takdir tuhan. kalau takde kerja buat apa kos ni diadakan. right? 

ok. DJ sambung cerita lain kali. Semoga Allah merahmati Kalian.

Bachelor of social work UniSZA Batch 1

15 Aug 2015
6.13 AM

This entry was posted in