Sunday, September 27, 2015

Kenapa BABI?


Kenapa Babi? aha.. mungkin ini akan menjadi satu topik yang hangat untuk kita bahaskan. kenapa Babi? apa yang DJ cuba sampaikan ni? mesti ade yang bermonolog. teruk sangat entry tulis pasal BABI. kan Haram. so what? ianya haram dimakan oleh orang yang beragama islam. adakah secara automatik haram untuk kita perbahaskan.?

Pada Minggu Lepas DJ masuk kelas yang diajar oleh seorang penceramah yang amat dikenali ramai, DJ xnaklah mention nama dia dalam ni..huhu. Privasi katanya. Tapi yang buat DJ tertarik isi yang dismpaikan didalam kelas tersebut. mungkin ada sebahagian yang diajarnya kita boleh terima pakai menggunakan akal logik kita...ada sebahagiannya bergantung pada pandangan kita sendiri. Dia membahaskan isu kenapa orang melayu suka mention "Cina Babi"? wow! 

yes..pada akal fikiran kita orang melayu suka mention cina sebegitu sebenarnya memang nak menunjukkan cina suka makan babi.. but why kita mengatakan mereka babi? ini bukan isu rasis atau apa.. ini untuk kita semua sama-sama membuka fikiran kita bersama. 

pernahkah dari luar kotak kita berfikir dari sudut tamadun sebenarnya kita sebagai orang melayu lagi lama makan babi pada suatu ketika dahulu sebelum agama islam sampai ketanah melayu. Sebab pada ketika itu agama Hindu menguasai Tanah Melayu.. Cina pada waktu itu sudah islam selama 1400 tahun. yes.. ini sebenarnya hakikatnya. 

cuba kita fikirkan..Kalau cina makan Babi kita panggil mereka "Cina Babi" ..apa perasaan kita pula kalau mereka panggil kita "Melayu Lembu" disebabkan kita makan lembu. mau perang dunia ketiga.

Jom sama-sama kita bersihkan hati kita semua. jauhkan dari hasad dengki. jangan salahkan BABI. sebab dia juga ciptaan Allah S.w.t
Jom Hapuskan Dendam.

11.11PM
27.09.2015

This entry was posted in

Saturday, September 26, 2015

Dalam Dakapan Ukhuwah



Lama rasanya DJ tak update blog, sibuk bila naik semster baru ni. Tak sampai seminggu saja lagi DJ akan turun takhta wakil pimpinan pelajar fakulti. Rasa gembira,sedih semua bercampur baur..kami tak sampai satu penggal memimpin, disebabkan pilihan Raya Kampus UniSZA diawalkan. Pelbagai Kenangan Pahit Manis semuanya ada..Serius DJ tak dapat nak lupakan.. Korang kalau nak dapat rasa nikmat Ukhuwah cubalah join mana-mana kelab society..Join satu dah memadai.. serius korang akan dapat bina softkill korang sendiri. ramai kawan baru. Buat program sama-sama.. susah senang sama-sama..korang akan rasa seperti satu keluarga.. Semoga Allah Rahmati Ukhuwah kami yang terjalin. Terimalah Hasil Nukilan yang tidak seberapa ini.

Dalam Dakapan Ukhuwah 
Kita mengambil cinta dari langit
Lalu menebarkannya di bumi,sungguh di syurga menara-menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta.
Pernah ada masa-masa dalam cinta kita
kita lekat bagai api dan kayu
bersama menyala, saling menghangatkan rasanya
hingga terlambat untuk menginsafi bahwa
tak tersisa dari diri-diri selain debu dan abu.
pernah ada waktu-waktu dalam ukhuwah ini
kita terlalu akrab bagai awan dan hujan
merasa menghias langit, menyuburkan bumi,
dan melukis pelangi
namun tak sedar, hakikatnya kita saling meniadai
di satu titik lalu sejenak kita berhenti, menyedari mungkin hati kita telah terkecualikan dari ikatan di atas iman
bahkan saling nasihatpun tak lain bagai dua lilin
saling mencahayai, tapi masing-masing habis dimakan api
Kini saatnya kembali pada iman yang menerangi hati
Pada amal soleh yang menjulang bercabang-cabang
Pada akhlak yang manis ,lembut dan wangi
Hingga ukhuwah kita menggabungkan huruf-huruf menjadi kata
Yang dengannya kebenaran terbaca dan bercahaya.
Thanks for the Great Moments.
PMFSSG
26.09.2015

This entry was posted in